ZIZAN Razak. FOTO fail NSTP Nurul Syazana Rose Razman
ZIZAN Razak. FOTO fail NSTP Nurul Syazana Rose Razman
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, 31, menafi dakwaan tidak boleh bekerjasama dengan Kamal Adli dalam filem Abang Long Fadil 2 yang dijangka bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Kontroversi itu mula diperkatakan apabila Kamal dilaporkan mendakwa namanya dipercayai digugurkan daripada senarai pelakon filem arahan Syafiq Yusof itu kerana Zizan tidak mahu mereka digandingkan.

Zizan yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak awal tahun ini menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

“Siapalah saya untuk menentukan siapa yang boleh bergandingan dengan saya atau sebaliknya. Saya pelakon yang buat kerja kerana dibayar.

“Dakwaan ini mengarut dan tidak masuk akal,” katanya.

Zizan berkata, jika benar nama Kamal digugurkan daripada senarai pelakon filem terbabit, ia keputusan penerbit dan tiada kaitan dengannya.

“Saya malas nak layan isu ini. Kalau betul dia digugrkan, ia tidak kena mengena dengan saya sebab saya bukanlah penebit Abang Long Fadil 2.

“Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, lebih daripada itu, saya tidak tahu atau campur tangan pun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 7:24 PM