VANIDAH turut menggunakan rangkaian produk penjagaan wajah antipenuaan itu.
VANIDAH turut menggunakan rangkaian produk penjagaan wajah antipenuaan itu.

Persis berlian, yang pudar akan bergemerlapan jika langkah penjagaannya dilakukan dengan betul, sama seperti pesona keanggunan wanita sebenar yang bermula dengan raut wajah kekal muda dan mulus.

Penampilan kulit wajah yang bersih mampu membina keyakinan diri. Apabila menyebut mengenai wajah bebas kedutan, semua wanita pasti mengimpikan kulit kekal anjal.

Bagi mendapatkan kulit wajah tampak muda, pelbagai kaedah dicari termasuk penggunaan produk antipenuaan. Memahami kehendak wanita yang begitu mementingkan penjagaan kulit yang sihat dan anjal, Safi memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah terbarunya, Safi Rania Advanced Corrector.

Menurut jurucakap Safi, Mahsuri Sulaiman, rangkaian produk antipenuaan ini yang kedua bagi jenama berkenaan selepas Rania Gold dengan formulasi Nano Emas 24k.

“Justeru, pengguna mempunyai pilihan menyuai padan kedua-dua produk berkenaan bagi mendapatkan kesan optimum yang diingini di samping memperoleh manfaat berganda,” katanya.

Ujarnya, kehadiran rangkaian produk rawatan antipenuaan dengan formulasi Nano DNA Technology bukan sekadar membantu mengurangkan garis halus pada wajah malah ia merawat, merangsang, mengaktif dan menjana pembentukan sel kolagen serta elastin kulit.

Dimensi baru inovasi kecantikan produk antipenuaan itu dikatakan lebih intensif bagi membantu menangani masalah penuaan kulit wajah yang khusus untuk wanita.

Sementara itu, pakar estetik Dr Lim Chin Keong berkata, penuaan kulit wajah sering dikaitkan dengan gen dan DNA sel kulit yang tidak aktif serta rosak. Ia menyebabkan protein yang penting untuk kulit muda remaja tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.

“Bagi membantu mengatasi masalah berkenaan, rangkaian produk antipenuaan ini dirumus khas dengan rumusan aktif teknologi DNA. Ia bertujuan merangsang DNA sel kulit bagi mengeluarkan protein penting seperti kolagen, fibronectin, elastin dan enzim penting lain ke dalam setiap lapisan kulit agar kekal anjal.

“Pada masa sama, ia juga membantu memperlahankan proses penuaan kulit wajah,” ujarnya.

Majlis pelancaran turut dihadiri pelakon terkenal, Vanidah Imran yang berkongsi pengalaman serta panduan penjagaan wajah yang diamalkannya.

“Bagi wanita berusia 40-an seperti saya, mengembalikan keanggunan pada raut wajah impian dan langkah terbaik untuk tampil yakin menghadapi cabaran sepanjang hari.

“Sesibuk mana pun de–ngan jadual harian, saya sentiasa memberi ruang untuk memanjakan diri terutama pada bahagian wajah. Saya gembira dengan kehadiran produk rangkaian antipenuaan yang terbaru ini menjadi teman saya untuk bermanja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 12:17 PM