SEKUMPULAN pemuda Palestin bertempur dengan tentera Isreal di bandar Al-Bireh, pinggir Ramallah pada Selasa lalu. Gambar kecil, Benjamin Netanyahu.
SEKUMPULAN pemuda Palestin bertempur dengan tentera Isreal di bandar Al-Bireh, pinggir Ramallah pada Selasa lalu. Gambar kecil, Benjamin Netanyahu.
AFP

Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mufti besar Baitulmaqdis mencadangkan kepada pemimpin Nazi, Adolf Hitler supaya menghapuskan kaum Yahudi.

Dalam satu ucapan kelmarin, Netanyahu berkata, mufti besar Baitulmaqdis ketika itu, Haj Amin al-Husseini meyakinkan Hitler untuk membunuh kaum Yahudi beramai-ramai, peristiwa yang dikenali sebagai Holocaust.

“Hitler tidak mahu menghapuskan Yahudi ketika itu, dia hanya mahu mengusir mereka,” katanya ketika berucap di Kongres Zionis Sedunia.

“Haj Amin kemudiannya berjumpa Hitler dan memberitahu, sekiranya kamu tidak mengusir mereka (Yahudi), mereka akan datang ke sini.

“Hitler bertanya, ‘Apa yang saya patut lakukan terhadap mereka?’ dan Haj Amin menjawab, ‘Bakar mereka,’” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 7:45 AM