Illumination Entertainment, Universal Partnerships & Licensing dengan kerjasama Electronic Arts (NASDAQ: EA), pemimpin global menerusi segmen hiburan interaktif digital mengumumkan kemunculan Minions Paradise yang boleh didapatkan secara percuma menerusi platform App Store SM dan Google Play.

Permainan hasil kreatif pihak pakar permainan EA dan pencipta filem Minions serta Despicable Me itu menampilkan Minions Paradise dengan pemain diperkenalkan kepada watak Phil, dicipta khas untuk permainan versi terbaru berkenaan.

Selain mempunyai pel­bagai animasi terbaik yang membawa semua unsur lawak dan keganasan, ia juga direka dari masa ke masa melalui alam semesta Minions dan pastinya Minions Paradise akan menyediakan pengalaman permainan digital terhebat.

Dalam Minions Paradise, pemain ditawarkan keseronokan abadi dan kejutan di setiap sudut aplikasi. Malah, pemain boleh menunjukkan kreativiti dan kemampuan masing-masing, menerokai dunia Minions bersama watak lain, membina bangunan penginapan untuk menikmati percutian yang indah dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 1:04 PM