Direka sebagai sebuah karya perjalanan teknologi dan inovasi, Intel (NASDAQ: INTC) akan membawakan pameran bergerak iaitu Intel InsideOut Pengalaman (IOE) yang akan berada di Malaysia selama dua minggu sehingga 1 Mac 2016.

Pameran bergerak global yang meliputi 28 lokasi di 11 negara terbabit bertujuan mempamerkan teknologi dan inovasi terbaik daripada Intel selain meraikan pembabitan Intel Malaysia dalam pembangunan produk berkaitan.

Naib Presiden Korporat merangkap Pengurus Besar Ujian Pemasangan dan Pembuatan Intel Malaysia Robin Martin berkata, bersama Design Center Malaysia (MDC), mereka juga akan menyambut ulang tahun ke-25 untuk memperingati pembangunan mereka bentuk pelbagai produk Intel.

“Dengan IOE, kami akan menunjukkan teknologi luar biasa yang dicipta oleh kakitangan syarikat setiap hari kepada dunia. Tahun ini, kami juga amat teruja untuk meraikan ulang tahun ke-25 bersama MDC di Intel Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pameran Intel IOE bakal menampilkan barisan komputer riba, tablet, produk 2-dalam-1, semua dalam satu (AIO) dan juga telefon bimbit apabila kebanyakannya direka, dibangunkan serta dihasilkan di Intel Malaysia.

Selain itu, antara teknologi lain yang dipamerkan termasuk totem animasi, pencetak 3D, pengalaman RealSense T dan Oculus Rift.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 5:32 AM