PISTOL yang dirampas daripada bekas vokalis.
PISTOL yang dirampas daripada bekas vokalis.
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Seorang bekas vokalis kumpulan muzik popular 90an ditahan polis berdekatan Kampung Chubadak, Sentul bersama pistol jenis Walther pada 1.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan suspek berusia 46 tahun itu.

Katanya, dia ditahan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Sentul ketika melakukan rondaan.

"Pistol itu ditemui pada tempat duduk pemandu dan suspek mengaku pistol berkenaan adalah miliknya.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 9:45 AM