KUALA LUMPUR 28 October 2014. (UTK RAMLAH RAP SHJ) Pelakon, Ammar Alfian. NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
KUALA LUMPUR 28 October 2014. (UTK RAMLAH RAP SHJ) Pelakon, Ammar Alfian. NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
Oleh Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Selepas sekian lama menyepi, bekas model pakaian dalam dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi, Ammar Alfian kembali untuk menyemarakkan persada hiburan tempatan.

Kali ini, pemilik nama sebenar, Ammar Alfian Aziz, 27, mengakui dia ingin tampil dengan imej yang lebih bersih dan sesuai dengan kematangan usianya sekarang.

Ammar terpaksa menanggung akibatnya apabila dipulaukan pihak media tempatan selama empat tahun.

Bukan saja disisihkan media, produksi dan pengarah drama serta filem juga enggan mengambilnya berlakon sepanjang tempoh berkenaan.

Semuanya gara-gara tindakan melulunya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh kepada wartawan hiburan menerusi laman sosial Facebook miliknya kerana tidak berpuas hati dengan liputan pergaduhannya bersama bekas kekasih yang juga pelakon Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.

“€œSecara peribadi, saya akui bukan mudah untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada pihak media walaupun sudah meminta maaf secara terbuka sebelum ini.

“€œJusteru, saya ingin memohon maaf sekali lagi terutama kepada wartawan yang terbabit. Sebagai insan biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup ini.

“€œBerilah saya peluang kedua untuk membetulkan keadaan kerana saya serius untuk menggilap bakat dalam bidang lakonan.

“Terus terang, saya tetap memerlukan pihak media untuk membantu menaikkan nama dan kerjaya seni,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 9:41 PM