GAMBAR bayi dalam keadaan tangan berikat dan mulut ditutup yang dimuat naik di Facebook oleh ibunya.
GAMBAR bayi dalam keadaan tangan berikat dan mulut ditutup yang dimuat naik di Facebook oleh ibunya.

Tijuana (Mexico): Seorang wanita di sini disiasat pihak berkuasa selepas dia memuat naik gambar bayinya dalam keadaan tangan berikat dan mulut ditutup di Facebook.

Gambar itu memaparkan bayi lelaki berusia setahun itu diikat tangan dan ditutup mulut dengan menggunakan pita pelekat.

Wanita itu dikenali sebagai Rosa dikecam teruk pengguna Facebook yang berang dengan gambar berkenaan.

Selepas dikecam, Rosa akhirnya memadam gambar itu.

Rosa kemudian memberitahu, anaknya sihat dan dia hanya bergurau dengannya.

“Anak saya tidak apa-apa dan kami sebenarnya bermain bersama seluruh keluarga saya.

“Saya kesal gambar ini tersebar dan mendedahkan bayi saya,” katanya.

Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima pengguna lain yang terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan mengenai gambar itu dan menyiasat Rosa serta suaminya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 6:46 AM