ANTARA nelayan yang ditahan. FOTO ihsan APMM
ANTARA nelayan yang ditahan. FOTO ihsan APMM
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Kuala Selangor: Sebelas nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang menangkap ikan di Perairan Pantai Muara Sekinchan, Kuala Selangor, semalam.

Serbuan kira-kira 12 tengah hari itu membabitkan dua bot nelayan tempatan kelas C yang mengupah pekerja asing sebagai pekerja.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, pemeriksaan bot pertama mendapati seorang tekong dan lima awak-awak warga asing.

"Manakala serbuan bot kedua menemui seorang tekong dan empat awak-awak. Seorang daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Mereka yang berusia dari 21 hingga 61 tahun dibawa ke depoh tahanan sementara APMM di Pelabuhan Klang, Klang, untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 3:35 PM