LATITUDE 12
LATITUDE 12

Kuala Lumpur: Dell mengumumkan produk terbarunya, Latitude 12 iaitu tablet pertama direka untuk prestasi dan kebolehpercayaan diuji dalam keadaan paling lasak.

Tablet baru itu adalah tambahan terbaru kepada portfolio inovatif Dell termasuk Notebook lasak Latitude 14.

Direka khusus untuk pengguna yang memerlukan alat fleksibel yang sukar dibawa bersama ke mana sahaja, tablet lasak Latitude 12 mempunyai paparan luar definisi tinggi (HD) 11.6 inci dan berupaya beroperasi pada suhu sejuk.

Ia didatangkan bersama pra-pakej Generasi Keempat QuadCool™ dengan pengurusan terma berkuasa serta pemprosesan Generasi Kelima Intel ® Core™.

Untuk kebolehpercayaan dan pengurusan, tablet terbabit turut mempunyai penyimpanan sehingga 512GB, selain mempunyai tahap keselamatan tinggi yang disokong Dell Data Perlindungan dan Intel TPM 1.2.

Pengurus Besar Perniagaan Komersialnya, KT Ong berkata, peranti Dell tahan lasak mempunyai fungsi tersendiri untuk industri seperti ketenteraan, kecemasan, keselamatan awam, ahli sains dan pengembara.

Katanya, ia mampu memberi kuasa pengkomputeran unggul dan keupayaan mudah alih dalam menyelesaikan tugas masing-masing.

“Jika anda gemar mendaki gunung, tablet lasak Dell Latitud 12 adalah peranti terbaik untuk memberikan khidmat diperlukan tanpa memikirkan mengenai persekitaran anda,” katanya.

Malah, dengan dua 2 sel bateri, ia mampu bertahan sehingga 12 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 6:55 AM