Ciri laptop yang sesuai untuk bekerja menjadi tema bagi Dell dengan model Latitude 5285 2-dalam-1 hanya seberat satu kilogram apabila skrinnya boleh ditolak ke bawah sehingga 170 darjah bagi pelbagai kegunaan.

Meskipun ringan, ia masih mengekalkan kebanyakan slot yang diperlukan ketika bekerja termasuk USB3.0, slot microSD, microSIM, USB-C dengan penggunaan CPU berkuasa tinggi, Intel Core i generasi ke-7.

Hampir sama dengan fungsi Surface Pro, ia mempunyai jangka hayat bateri sehingga 12 jam dengan ciri keselamatan berdasarkan perisian Dell Control Vault untuk data pengguna.

SPESIFIKASI:

DELL LATITUDE 5285 2-DALAM-1

Harga: Bermula RM5,788

Berat: 1.19kg (berat bersama papan kekunci)

Pemprosesan: Bermula daripada Intel Core i3-7100U generasi ke-7

OS: Windows 10 Pro

Paparan: 12.3 inci HD penuh

RAM: 4GB

Storan: 128GB SSD

Port: USB3.0, slot microSD, microSIM, 2 x USB-C

Grafik: Intel Integrated HD Graphics 620

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 10:49 AM