Jerebu ...Pemain Felda United Indra Putra Mahyuddin melakukan sepakan sudut sewaktu perlawanan kumpulan C Piala MAlaysia 2015 antara Selangor dan Felda United di Stadium Shah Alam, 26 September lalu. - Pix Osman Adnan
Jerebu ...Pemain Felda United Indra Putra Mahyuddin melakukan sepakan sudut sewaktu perlawanan kumpulan C Piala MAlaysia 2015 antara Selangor dan Felda United di Stadium Shah Alam, 26 September lalu. - Pix Osman Adnan

Kuala Lumpur: Perlawanan Piala Malaysia 2015 pada minggu keempat iaitu 3 dan 4 Oktober yang ditunda akibat jerebu akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober kata, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

Aksi Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Pahang di Stadium Shah Alam dan aksi PKNS FC menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dijadual semula pada 27 Oktober.

Perlawanan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Perak menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh akan diadakan pada 28 Oktober.

"Sekiranya pasukan JDT layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi Asia (AFC) dijadual pada 31 Oktober semua perlawanan dijadual pada 27 Oktober tetap diadakan pada tarikh sama manakala kedua-dua perlawanan pada 28 Oktober diadakan pada 4 November.

"Lanjutan itu perlawanan minggu keenam Kumpulan A dan D akan dijadual pada 7 November manakala bagi Kumpulan B dan C pula dijadualkan pada 8 November," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT mencipta sejarah sebagai pasukan pertama tanah air berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFC akan melayan kunjungan juara bertahan, Qadsia SC dari Kuwait pada 20 Oktober untuk perlawanan separuh akhir kedua selepas tewas 1-3 separuh akhir pertama.

Mengenai keadaan jerebu mengganggu jadual perlawanan beliau berkata Komisioner Perlawanan masih diperuntukkan kuasa untuk menunda perlawanan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 150. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 9:52 PM