SUSPEK kes letupan motosikal dibawa ke Mahkamah Sesyen Majistret Gua Musang. FOTO Fathil Asri
SUSPEK kes letupan motosikal dibawa ke Mahkamah Sesyen Majistret Gua Musang. FOTO Fathil Asri
SUSPEK direman tujuh hari. FOTO Maiamalina Mohamed Amin
SUSPEK direman tujuh hari. FOTO Maiamalina Mohamed Amin
Oleh Maiamalina Mohamed Amin


Gua Musang: Lelaki berusia 27 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, berhubung kes pasangan warga emas yang maut akibat bahan letupan buatan sendiri di Kilometer 3 Jalan Pulai-Gua Musang, dekat Kampung Pulai, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri, 9.30 pagi tadi di Mahkamah Majistret Gua Musang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu yang juga anak angkat pasangan berkenaan ditahan semalam di rumahnya di Kampung Batu Papan Dua, di sini, kira-kira sejam selepas kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Cha Mok Liong dan isterinya, Fong Ah Fong masing-masing berusia 72 tahun maut dengan mayat mereka berkecai berikutan bom buatan sendiri dipercayai dipasang pada motosikal dinaiki mereka, meletup.

Difahamkan pasangan terbabit dalam perjalanan ke Pulai untuk ke pejabat Lembaga Getah Malaysia dan sarapan pagi.

Berita berkaitan

Suami isteri berkecai kena bom: http://hmtro.com/1VD8E6X

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 10:38 AM