KIM Swee (baju putih) beri penerangan kepada anak buahnya.
KIM Swee (baju putih) beri penerangan kepada anak buahnya.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Kritikan hebat pelbagai pihak susulan prestasi buruk Harimau Malaya nyata memberi kesan kepada mental pemain.

Perkara itu diakui penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali yang percaya kemenangan ke atas Laos pada aksi persahabatan antarabangsa di Bangkok hari ini mampu meredakan tekanan itu.

“Tahap fizikal pemain berada pada tahap terbaik kerana Piala Malaysia sedang berjalan. Cuma dari segi mental pemain belum berada pada tahap terbaik sebab kita sedia maklum situasi skuad kebangsaan yang dikritik hebat.

“Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik kerana Laos juga semakin bagus. Sebagai pemain kami akan cuba melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin,” katanya.

Selepas diketepikan bekas pengendali kebangsaan Dollah Salleh dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, sentuhan Safee, 33, kembali ditagih jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 6:59 AM