Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berpendapat gandingan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Safee Sali di bahagian serangan mampu menyinar dalam saingan Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula 20 November ini.

Beliau berkata, kombinasi pemain muda dan senior itu mampu memberikan dimensi baru dalam mencorak permainan skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee.

“Memang di bahagian serangan, pemain yang dipanggil bukan pemain utama pasukan Liga Malaysia kerana posisi serangan dikuasai pemain import.

“Jadi ini saja pemain yang kita ada dan saya fikir keputusan untuk memanggil semula Safee menyertai skuad kebangsaan sesuatu yang baik kerana walaupun jarang beraksi namun apabila diturunkan, dia banyak membantu pasukan (Johor Darul Ta’zim).

“Hazwan pula penyerang terbaik tempatan ketika ini dan jika bergandingan bersama Safee, dia mungkin boleh menghasilkan sesuatu,” kata Akmal kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 6:12 AM