Banjir yang melanda akibat  akibat Taufan  Mujigae di wilayah Guangdong. - Foto scoopnest.com
Banjir yang melanda akibat akibat Taufan Mujigae di wilayah Guangdong. - Foto scoopnest.com
Sampah-sarap berkumpul di teluk selepas dihanyutkan banjir akibat Taufan  Mujigae melanda Zhanjiang, wilayah Guangdong semalam. - Foto REUTERS
Sampah-sarap berkumpul di teluk selepas dihanyutkan banjir akibat Taufan Mujigae melanda Zhanjiang, wilayah Guangdong semalam. - Foto REUTERS

Beijing: Jumlah korban akibat Taufan Mujigae taufan yang melanda China sudah mencecah 20 orang dengan empat nelayan dilaporkan hikang.

Menurut AP, agensi media China, Xinhua News Agency melaporkan, wilayah Guangxi melaporkan dua kematian terbaru manakala 18 kematian lagi berlaku di Guangdong, termasuk tujuh akibat tanah runtuh dan tiga nelayan yang bot mereka karam.

Taufan itu mula melanda China semalam, membawa bersama hujan lebat dan angin kencang menjejaskan 5.5 juta penduduk berikutan bekalan elektrik terputus.

Menurut Reuters, jabatan pertahanan awam Guangdong melaporkan taufan itu menyebabkan kerugian 23.24 bilion yuan (RM15.76 bilion). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 4:28 PM