Cleverley kehilangan dua kereta mewah serta barangan kemas isterinya dalam rompakan minggu lalu. Pix Telegraph
Cleverley kehilangan dua kereta mewah serta barangan kemas isterinya dalam rompakan minggu lalu. Pix Telegraph

Manchester: Rumah bintang tengah Everton Tom Cleverley dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol dan batang besi menyebabkannya mengalami kerugian £175,000 (RM1.1 juta).

Pemain antarabangsa England itu dan isterinya bintang realiti TV Georgina Dorsett kehilangan dua beg tangan pereka, jam tangan, barang kemas serta dua SUV Range Rover berharga £50,000 (RM326,00) setiap satu dalam rompakan berlaku di rumahnya di Manchester, minggu lalu.

Cleverley, 26 serta isterinya, 29, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun dilapor tidak diapa apakan tetapi mengalami kejutan selepas muka diacu senjata dalam kejadian di rumah berharga £3.5j (RM22.8 juta) terbabit. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 2:41 PM