Jika anda hanya syarikat kecil atau individu yang mahukan perkhidmatan penghantaran barang atau dokumen (despatch), pasti berkos tinggi sekiranya mengupah individu secara bulanan.

Tetapi dengan web MatDespatch yang dihasilkan Flairwork Technologies Sdn Bhd, anda boleh melakukan selari dengan moto syarikat terbabit iaitu ‘beli hari ini, dapat pun hari ini’,

MatDespatch menawarkan pengalaman baru penghantaran yang mana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama meliputi kawasan Lembah Klang.

Perkhidmatan ini dalam tempoh percubaan dan khidmat penuh MatDespatch dijangka dilancarkan pada bila-bila masa saja.

Lebih untung pada tempoh percubaan ini apabila peniaga khususnya setor online yang mendaftar bakal menikmati RM30 kredit percuma.

Antara ciri premium MatDespatch termasuk ‘Request for Pickup’ yang mana pengguna boleh meminta despatch mengambil barang dari mana-mana lokasi di Lembah Klang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 5:15 AM