Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen Pos Rider untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.
Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen Pos Rider untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Pos Malaysia akan menjalankan Fasa 2 pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider, yang akan berkuatkuasa pada 1 September 2021.

Proses rasionalisasi di bawah Fasa 2 akan membabitkan 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang.

Program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu Pos Malaysia menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.

Namun, pasaran pos dan kurier domestik telah melalui perubahan di mana jumlah mel terus menurun dengan begitu ketara, manakala pemain e-dagang pula telah mula menawarkan khidmat penghantaran.

Operasi kami telah dikaji semula dan mendorong kepada keputusan untuk menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat.

"Bagaimanapun, bagi menghargai perkhidmatan bekas-bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.

"Ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila bekas Pos Rider dapat menjana pendapatan tambahan, manakala Pos Malaysia dapat mengekalkan kecekapan kos.

"Peningkatan permintaan sepanjang tahun biasanya berlaku ketika jualan sempena perayaan dan jualan tarikh khas anjuran pelbagai peniaga," kata Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pos Malaysia akan terus meneliti strategi perniagaan, kos dan sumber apabila perlu bagi memastikan daya maju dan kemampanan perniagaan.

"Ini adalah penting sepanjang pandemik ini, oleh kerana kesan daripada pergerakan yang terhad dan operasi yang terbatas dihadapi oleh kesemua segmen perniagaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 2:32 PM