KAKITANGAN Shopee mengedar gooddies untuk tetamu pada pelancaran Shopee24 dan kempen Shopee 7.7 Orange Madness, semalam. FOTO Owee Ah Chun
KAKITANGAN Shopee mengedar gooddies untuk tetamu pada pelancaran Shopee24 dan kempen Shopee 7.7 Orange Madness, semalam. FOTO Owee Ah Chun
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Shopee, platform e-dagang terkemuka di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan serba baharu, Shopee24 Express Delivery (Shopee24), penghantaran ekspres lebih pantas bagi penggunanya.

Shopee24 menjamin penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee jika pesanan dibuat sebelum 2 petang (kecuali Ahad dan hari cuti umum), jika tidak, penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee berjaya mengurangkan masa penghantaran kepada dua hingga tiga hari menerusi sistem penyisihan dan penjejakan bungkusan yang lebih baik, operasi cekap dan hubungan lebih rapat yang terjalin dengan rakan logistik.

Katanya, sebagai platform e-dagang, keupayaan untuk menjamin penghantaran ekspres bagi pelbagai produk tanpa mengenakan caj yang tinggi bukan saja akan mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian, tetapi juga dijangka memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi lebih kemudahan.

“Penghantaran adalah aspek penting bagi pembelian dalam talian. Kami dapati bahawa pengguna bukan saja mahu menerima barangan yang dibeli secara online dalam keadaan baik namun semakin ramai juga mahukan penghantaran lebih cepat.

“Oleh itu, kami memperkenalkan perkhidmatan Shopee24 Express Delivery untuk menunaikan permintaan bagi penghantaran lebih pantas, bermula dengan Lembah Klang dan seluruh Malaysia pada ma sa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Shopee24 dan kempen Shopee 7.7 Orange Madness di sini, semalam.

Shopee24 ditawarkan untuk lebih 10,000 barangan berjenama yang boleh dikenal pasti menerusi tag ‘Shopee24’.

Ho berkata, buat masa ini, Shopee24 boleh didapati untuk pengguna di sekitar Lembah Klang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 6:49 AM