MOHD Rizal memperkenalkan menu istimewa kafenya di Roti John Reetz Bella. Foto Hafiz Sohaimi
MOHD Rizal memperkenalkan menu istimewa kafenya di Roti John Reetz Bella. Foto Hafiz Sohaimi
Sri Ayu Kartika Amri


REETZ Cafe terus memperkukuh jenamanya menerusi perkhidmatan penghantaran dan produk sejuk beku yang bakal diperkenalkan tahun ini.

Pengasasnya, Mohd Rizal Rosile berkata, Reetz Cafe terkenal dengan menu utama iaitu roti john yang menampilkan ramuan tersendiri.

Katanya, Reetz Cafe juga menyasarkan peningkatan jualan 30 peratus tahun ini disokong kerjasama syarikat penghantaran GrabFood, Honestbee dan FoodPanda.

“Kami juga menggunakan khidmat SuduGarfu memasarkan produk Reetz Cafe ke seluruh Lembah Klang.

“Buat masa ini, Reetz Cafe hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang dan kami bersedia menjalin kerjasama dengan mereka yang berminat menjadi rakan niaga Reetz Cafe.

“Modal yang dianggarkan untuk menjadi rakan niaga ialah RM5,000 dan kami akan memberi latihan serta bimbingan,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rizal berkata, pihaknya yakin menerusi rakan niaga dapat terus mengembangkan Reetz Cafe ke seluruh negara dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Menurutnya, dengan pengalaman 11 tahun dalam industri makanan dan minuman (F&B), beliau komited menghasilkan menu berkualiti dan memenuhi cita rasa terbaik.

“Kami mendapat permintaan mengeluarkan inti roti john secara sejuk beku dan inti daging ramuan asli ini bukan saja boleh digunakan untuk membuat roti john tetapi juga sebagai inti karipap, samosa dan boleh dimakan dengan nasi.

“Untuk melihat pelbagai menu Reetz Cafe, boleh melayari Facebook (Roti John Reetz Cafe) dan Instagram (Reetzcafe),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 6:06 PM