RAJA Zarith Sofiah menyampaikan Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Munzir.
RAJA Zarith Sofiah menyampaikan Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Munzir.
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: “Saya tidak menyangka individu yang diselamatkan itu adik saya sendiri,” kata Munzir Shaharuddin, 15, penerima Anugerah Pingat Hang Tuah sempena Hari Warga Emas dan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Agama Raudhatul Tahfiz di Sungai Petani, Kedah, menerima pingat keberanian yang disampaikan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris di Pusat Konvensyen Persada di sini.

Munzir berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Muhd Amir Shaharuddin, 10, serta 40 penghuni asrama lelaki Sekolah Agama Raudhatul Tahfiz, Gunung Jerai, Kedah, tidur sebelum dikejutkan dengan kebakaran besar jam 3 pagi, 29 Julai lalu.

“Ketika kejadian, saya bersama penghuni asrama lain lari menyelamatkan diri selepas mendapati bangunan berkenaan terbakar.

“Tidak lama kemudian, saya mendengar jeritan penghuni yang meminta tolong menyebabkan saya berpatah balik ke dalam bangunan untuk memberi bantuan,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:20 AM