KIEN Keat (kanan), Tan Boon Heong tewaskan gandingan Indonesia.
KIEN Keat (kanan), Tan Boon Heong tewaskan gandingan Indonesia.

Kuala Lumpur: Kejutan demi kejutan terus dilakar bekas beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand.

Terbaru, pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 itu mengesahkan tiket ke pentas final hari ini selepas menewaskan gandingan Indonesia Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi 21-19, 17-21, 21-16.

“Sebelum turun ke gelanggang, kami tidak terlalu memikirkan soal lawan kami.

“Sebab kami sedar beregu Indonesia yang kami temui menduduki ranking ke-11 dunia.

“Kami berdua hanya melakukan persiapan sendiri dan cuba beraksi sebaik mungkin ketika di atas gelanggang. Kemenangan ini juga dibantu dengan aksi cemerlang kami,” kata Boon Heong.

Kejayaan terbaru itu meneruskan rentak cemerlang mereka selepas turut menjadi wakil tunggal negara layak ke suku akhir Terbuka Korea Selatan dua minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:04 AM