PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
PELBAGAI jenis fabrik untuk menyerikan hari bahagia.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Setiap bakal pengantin pasti mengimpikan busana raja sehari mereka paling indah dan mempesonakan yang pernah dipakai seumur hidup mereka.

Renda atau satin, ringkas atau terperinci, gaun pengantin mempunyai nilai tersendiri buat setiap pengantin dan pada masa sama dijahit berpandukan budaya sesuatu masyarakat.

Walaupun dipakai hanya untuk beberapa jam, busana pengantin biasanya disimpan sebagai kenangan terindah. Lebih dari itu, idea ramai pengantin yang mewariskan busana raja sehari untuk anak perempuan mereka juga amat memberi inspirasi.

Sehingga kini, menjaga dan mengekalkan warna, fabrik dan perhiasan helaian busana pengantin adalah sesuatu yang mencabar. Selain membersihkan dengan cermat, membungkus dan menyimpan, banyak gaun pengantin gagal kekal segar dan cantik ketika mula-mula ia disiapkan, namun, keadaan itu tidak terjadi di Euro Moda Gulati’s (EMG).

Dengan memperkenalkan pakej gaun pengantin EMG buat kali kelima berturut-turut, fabrik pengantin berkualiti pada harga mampu milik boleh dimiliki bakal pengantin sempena Fiesta Fabrik Pengantin.

Soal pilihan bukan masalah lagi jika anda berkunjung ke gedung fabrik EMG. Sebut saja fabrik apa diinginkan sama ada sifon bermanik, kain net, renda polos dan bermanik penuh atau songket, semuanya tersedia untuk dibawa pulang.

Di gedung fabrik itu, renda dengan kualiti tertinggi diimport dan dikategorikan kepada renda Perancis polos, dua tona, bercetak, bermanik dan mewah.

Sifon Perancis terkenal dihiasi labuci dan manik warna pastel, net Gucci dengan sulaman mutiara pilihan popular pada kalangan pelanggan EMG.

Begitu juga, semua fabrik pengantin boleh direka untuk pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, gaun dan juga trend terkini iaitu jubah. Syarikat itu bangga dapat menghasilkan pakaian moden, bergaya dan versatil, mampu milik dan fesyen terkini.

Di tingkat barangan lelaki menawarkan koleksi fabrik Eropah terbesar Malaysia seperti Gianni Versace, Trussardi, Valentino, Ungaro, Gianfranco Ferre dan Uomo.

Rangkaian fabrik eksklusif lelaki termasuk sutera dan kapas ela yang terbaik untuk pembuatan sut dan kemeja selain sut Italian Lubian siap turut disediakan untuk pilihan peribadi.

Di samping itu, EMG turut menyediakan pilihan pakaian tradisional untuk lelaki dengan pelbagai busana dari fabrik sutera dan kapas untuk disesuaikan dengan pelbagai majlis.

Kunjungan ke EMG seluruh negara pasti membuatkan pelanggan terpesona dengan koleksi fabrik terpilih dan pasti rambang mata melihat rangkaian fabrik berjenama yang diimport dari Eropah di bawah satu bumbung untuk perkahwinan, majlis makan malam, parti, majlis VIP, majlis penyampaian hadiah, majlis keluarga dan banyak lagi.

Pengarah Kumpulan Eksekutifnya, Jasleen Kaur berkata, sempena Fiesta Fabrik Pengantin itu sendiri menawarkan promosi pakej perkahwinan serendah RM128 ke atas dan fabrik baju Melayu percuma.

Di samping fabrik baju Melayu dan samping songket percuma bagi setiap pembelian pakej bernilai RM250 dan ke atas, setiap pakej mengandungi pelbagai jenis fabrik dan material lain bagi menyerikan hari perkahwinan.

“Rasai keghairahan dan nilai eksklusif fabrik terbaik yang terdapat di dunia hari ini. Di EMG kami boleh membuat sut dan pakaian dengan sentuhan yang sama seperti pakar fesyen di Itali, semua di rumah.

“Cinta pertama kami adalah kain kami. Usaha untuk memberikan anda yang terbaik adalah ditenun ke dalam fabrik kehidupan kita. Kami dipacu dengan satu tujuan iaitu untuk memberi anda pakaian dengan bahan terbaik alam semula jadi ini boleh tawarkan. Kesungguhan kami adalah fesyen anda,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 9:21 AM