PELBAGAI pilihan sempena Aidilfitri.
PELBAGAI pilihan sempena Aidilfitri.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Membina kejayaan dalam perniagaan bukanlah suatu perkara mudah bagi sesebuah syarikat. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran di samping memperkembangkan lagi produktiviti.

Euro Moda Gulati’s (EMG) bukanlah nama asing dalam sejarah penubuhan empayar fabrik di Malaysia, malah hampir 31 tahun berdiri teguh dengan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara.

EMG memang sinonim dengan pengeluaran fabrik yang bukan saja berkualiti tapi elegan dan eksklusif justeru, tidak hairan jika ramai pelanggan dan pereka fesyen menjadikan gedung ini untuk mendapatkan fabrik bermutu tinggi dan terkini.

Ia juga pengedar utama jenama fabrik terkenal di Eropah dan inilah sebabnya ia boleh menawarkan pelbagai variasi fabrik yang eksklusif.

Justeru, sebagai tanda terima kasih kepada pelang­gan, syarikat ini memberi tawaran harga yang menarik sempena Ramadan ini.

Segala keperluan, daripada fabrik bermutu tinggi dengan corak menarik yang menawan hati disediakannya. Penampilan lebih manis jika dipadankan dengan tudung atau selendang sesuai dari Butik Aalia.

Sempena bulan ini juga, EMG mengadakan promosi hebat untuk semua jenis fabrik terpilih untuk pelanggan yang kini mula membuat persiapan pakaian bagi lebaran tidak lama lagi.

Antara yang ditawarkan baju kurung daripada fabrik berkualiti kapas, viscose, crepe, sifon dan opal brasso yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia dan Asia Tenggara. Lebih penting material digunakan menyerap peluh, sejuk dan selesa dipakai dalam tempoh lama.

Bagi menambah seri pada setiap helaian, tambahan perincian manik, renda dan mutiara pelbagai warna disediakan. Didatangkan dalam ukuran kecil XS sehingga XXL, ia membolehkan wanita bertubuh besar memilikinya.

Koleksi baju kurung kapas bercorak dijual pada harga serendah RM69 sepasang manakala bagi wanita yang ingin tampil bergaya dan mempesona boleh memiliki rekaan eksklusif baju kurung dengan harga serendah RM158 sepasang.

Koleksi ini menggunakan kombinasi fabrik sifon dengan perincian sulaman manik dan kerawang. Lebih menarik banyak koleksi yang ditawarkan diskaun hebat serta percuma belian dengan belian.

Tidak lupa buat penggemar jubah, EMG menyediakan koleksi jubah daripada fabrik lycra pelbagai warna dan saiz pada harga serendah RM69 sepasang.

Untuk penggemar tudung dan selendang, EMG turut menawarkan koleksi tudung kapas Syria pada harga RM38 (beli tiga RM100), selendang segera (RM48 sehelai, beli tiga RM100), selendang sifon bermanik (RM128), selendang Wafiya dan Dya Anggun masing-masing berharga RM48 dan RM78 pasti memberi keanggunan dan sesuai digayakan ke majlis kasual mahupun formal.

Tidak dilupakan rekaan baju Melayu sedia dipakai pada harga promosi RM99.90. Menerusi setiap pembelian sepasang baju Melayu, pelanggan boleh memiliki samping song­ket secara percuma.

Layari facebook.com/euromodagulatisfanpage untuk informasi harga promosi terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 5:04 AM