Kim Ming rebah ketika bermain badminton sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Kim Ming rebah ketika bermain badminton sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 61 tahun rebah ketika bermain badminton bersama rakannya di gelanggang pusat membeli-belah di Cheras, sebelum meninggal dunia di hospital, petang tadi.

Mangsa, Koh Kim Ming, disahkan meninggal dunia pada 6.07 petang ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, ketika kejadian mangsa mengadu sakit dada sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.

"Rakan mangsa kemudian menghubungi ambulans dan membawanya ke PPUKM untuk menerima rawatan kecemasan.

"Sebaik tiba di hospital, mangsa turut diberikan bantuan pernafasan namun keadaannya semakin lemah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 8:25 PM