Osama Abdul Mohsen serta dua anak, Mohammad, 18, dan Zaid, 7, ketika tiba di Madrid, minggu lalu.
Osama Abdul Mohsen serta dua anak, Mohammad, 18, dan Zaid, 7, ketika tiba di Madrid, minggu lalu.
Osama jatuh bersama Zaid akibat dibentes Jurukamera wanita Hungary.
Osama jatuh bersama Zaid akibat dibentes Jurukamera wanita Hungary.
Jurukamera wanita Hungary, Petra Laszlo, membentesnnya.
Jurukamera wanita Hungary, Petra Laszlo, membentesnnya.
Osama Abdul Mohsen mendukung anaknya, Zaid, cuba melarikan diri daripada polis Hungary.
Osama Abdul Mohsen mendukung anaknya, Zaid, cuba melarikan diri daripada polis Hungary.

Madrid: Kejadian malang pelarian dari Syria yang terjatuh bersama anak dalam dukungannya akibat dibentes jurukamera wanita media Hungary ketika diserbu polis, yang menarik perhatian dunia, membawa tuah kepada mereka.

Osama Abdul Mohsen serta dua anak lelakinya, Mohammad, 18, dan Zaid, 7, mendapat perhatian kerajaan Sepanyol dan bekas jurulatih kelab divisyen satu Syria itu ditawarkan pekerjaan sebagai jurulatih bola sepak oleh sebuah sekolah di Madrid.

Menurut media Sepanyol, Osama, 52, menerima tawaran daripada sekolah latihan CENAFE di Madrid

Pengarah sekolah itu, Conrado Galan berkata, Osama boleh melatih jurulatih yang mahu ke Dubai, Qatar dan Mesir yang mahukan jurulatih dari Sepanyol.

Menurutnya, CENAFE juga akan membawa isteri Osama dan dua lagi anaknya yang berada di kem pelarian di Turki.

“Kami akan mencari mereka dan membawa mereka ke sini,” katanya.

Osama meninggalkan Syria bersama keluarganya setahun lalu dan berada di Turki sebelum cuba memasuki Eropah bersama anaknya melalui Hungary awal bulan ini dan pada 9 September lalu, rakaman perbuatan jurukamera berkenaan, Petra Laszlo, membentesnnya hingga jatuh tersebar melalui media sosial. Laszlo kemudian dipecat oleh stesen televisyennya.

Malah kelab Real Madrid Osama dan dua anaknya itu menyaksikan perlawanan menentang kelab Granada di Santiago.

Ikuti kisah dan video Zaid menjadi pengiring Cristiano Ronaldo memasuki padang di segmen Arena MyMetro. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 9:24 PM