FOTO Arifin Salleh
FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Melaka Pindah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, hari ini, Mohd Razil Ramli yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said dikatakan pergi ke sungai itu bersama empat rakannya untuk memancing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Penguasa Bomba R Bajiyen, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.58 pagi.

Katanya, dua jentera, masing-masing dari BBP Alor Gajah dan BBP Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, operasi mencari dan menyelamat dijalankan sekitar hujung jeram sungai berkenaan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Mayat mangsa kemudian dijumpai di dasar sungai, pada 2.08 petang. Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 10:01 PM