ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kilang. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kilang. FOTO ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Tiga lot kilang 'die casting' zink musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.58 malam dan 31 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas dan Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati tiga lot kilang terbakar dengan masing-masing terbakar 80 peratus.

"Anggota kemudian melakukan kerja-kerja pemadaman yang mengambil masa kira-kira 30 minit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, api dikawal pada 12.43 tengah malam.

"Turut membantu dalam operasi adalah polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan cedera dalam kebakaran ini dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.13 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 3:49 PM