FOTO Hadzlihady Hassan
FOTO Hadzlihady Hassan
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Polis merampas 298 bungkus air ketum dan menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Teluk Kumbar dan Jalan Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, serbuan terbabit dilakukan pada 1 pagi dan 4 petang selepas menerima maklumat dan juga intipan.

Menurutnya, bekalan ketum itu didapati dijual kepada golongan nelayan serta pekerja kilang di kawasan Balik Pulau.

"Air ketum itu dijual dengan harga RM6.00 sebungkus dan mereka ini didapati aktif menjalankan kegiatan terbabit sejak tiga bulan lalu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya padang sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 11:50 AM