ANGGOTA bomba memeriksa salah satu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.
ANGGOTA bomba memeriksa salah satu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.
Oleh Hadzlihady Hassan

Balik Pulau: Saya sempat mengajar penunggang motosikal mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia,” kata Rafiq Rahman, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Jalan Genting, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 12.50 tengah hari itu, Ghazali Othman, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya Rokiah Dahakim, 60-an dirawat di Hospital Balik Pulau kerana patah tangan dan paha kanan.

Mangsa yang sudah bersara sebagai pengawal keselamatan di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, dikatakan selesai membawa isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan mereka dalam perjalanan pulang ke Teluk Kumbar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori simen hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan merempuh kenderaan di laluan bertentangan.

Rafiq, 43, berkata, ketika itu keadaan agak kelam-kabut selepas beberapa mangsa yang dirempuh sebuah lori simen merintih meminta pertolongan dalam keadaan tubuh berdarah manakala kenderaan masing-masing kemek dan rosak teruk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 9:44 AM