Dua wanita separuh bogel tiba-tiba menaiki pentas mengganggu seminar dua penceramah Islam. - Foto thejournal.ie
Dua wanita separuh bogel tiba-tiba menaiki pentas mengganggu seminar dua penceramah Islam. - Foto thejournal.ie
Dua wanita berusia 25 dan 31 tahun dari kumpulan feminin Femen yang separuh bogel merampas pembesar suara dan bercakap kepada penonton. - Foto Torontosun.com
Dua wanita berusia 25 dan 31 tahun dari kumpulan feminin Femen yang separuh bogel merampas pembesar suara dan bercakap kepada penonton. - Foto Torontosun.com

Paris: Seminar oleh dua penceramah Islam yang membincangkan mengenai wajar atau tidak isteri ‘dipukul’ diganggu dua wanita separuh bogel yang nak ke pentas sambil menjerit kepada penoton, semalam.

Dua wanita berusia 25 dan 31 tahun itu kemudian dikenal pasti dari kumpulan Femen, sebuah pertubuhan wanita yang ditubuhkan di Ukraine dan terkenal dengan protes separuh bogel di Eropah.

Seorang daripadanya menulis ‘No one subjugates me’ dalam bahasa Perancis pada dadanya manakala seorang lagi ‘I am my own prophet.’

Seminar itu menjadi kontroversi sejak awal dengan petisyen dalam talian mendesak ia dibatalkan.

Dua penceramah berkenaan meninggalkan pentas dan pengawal keselamatan dilihat menarik dua wanita itu turun dari pentas.

Menurut laman web berita Sputnik, penganjur seminar bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. - Torontosun.com

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 4:11 PM