Oleh Mohd Fauzi Abdullah


Pekan: Kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan bola sepak negara menerusi Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang dilancarkan di Dataran Pekan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau percaya pelancaran LBR yang bermula tahun ini akan menjadi pemangkin kepada program akar umbi dalam mencungkil bakat baru untuk pembangunan bola sepak negara.

"Selain itu, Bank Rakyat juga turut menyumbang RM5 juta dalam usaha bersama ke arah ini (pembangunan bola sepak," katanya ketika merasmikan LBR.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, dengan adanya peruntukan itu diharap LBR dapat dijalankan dengan jayanya seterusnya mampu membawa kebaikan kepada sukan popular itu.

"LBR juga diyakini dapat menjadi sumber ke arah melahirkan pemain berpotensi masa depan," katanya.10

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 11:33 AM