Heung-min ketepi City dan Liverpool untuk sertai Spurs beraksi dalam EPL. - Evening Standard
Heung-min ketepi City dan Liverpool untuk sertai Spurs beraksi dalam EPL. - Evening Standard

London: Son Heung-min mengesahkan status kelab pilihan apabila menyertai Tottenham Hotspur biarpun dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dan Liverpool mahu khidmatnya.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu dijangka beraksi pada penampilan sulung bersama Spurs yang bertandang ke Sunderland Ahad ini.

Penggempur terbabit berhijrah daripada kelab Jerman, Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan sebanyak £22 juta pound (RM146 juta) bulan lalu.

Ia bayaran tertinggi dalam sejarah buat pemain bola sepak dari Asia.

Pengurusan Korea mencadangkan pemain berusia 23 tahun itu menyertai Tottenham memandangkan peluang beraksi lebih banyak pada perlawanan mingguan berbanding City atau Liverpool.

Pemain baru Spurs itu turut diberitahu tahap permusuhan kelab terbabit dengan jiran London utara Arsenal.

"Pegawai Tottenham memberitahu saya tidak boleh membeli kereta berwarna merah," katanya dalam temu ramah bersama akhbar Korea JoongAng Ilbo semalam.

“Tottenham bermain bola sepak agresif yang sesuai dengan diri saya dan suka memberi tekanan kepada lawan selaku penyerang. Saya rasa mampu bermain lebih baik jika berlatih di bawah Mauricio Pochettino.” - Evening Standard

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 8:07 PM