AYU memastikan dua anaknya mendapat khasiat makanan seimbang.
AYU memastikan dua anaknya mendapat khasiat makanan seimbang.
Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan.
Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan.
Oleh Siti Zarinah Sahib


Memilih makanan sihat penting untuk pertumbuhan si kecil. Namun ramai ibu terutama ibu yang mengambil mudah hal ini kerana merasakan cukup sekiranya anak mereka mendapat apa yang diperlukan tanpa mengambil tahu kandungan zat dalam makanan mereka. Bagi pelakon dan ibu kepada dua cahaya mata, Ayu Raudhah Che Wan, dia sangat menitikbe­ratkan pemakanan untuk dua anaknya, Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia dua tahun lima bulan dan anak kedua, Muhammad Aisy Aryann, setahun tiga bulan.

Untuk itu, sejak hari pertama disahkan mengandung dia mula mendapatkan pandangan daripada keluarga mengenai makanan sihat untuk ibu mengandung serta mengambil susu Anmum Materna kerana yakin kandungan nutrisi yang terdapat dalam susu mampu memberikan khasiat penting untuk dia dan bayi dalam kandungan.

“Setiap ibu sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab itu saya mula mendapatkan informasi mengenai makanan sihat termasuklah pengambilan susu. Susu memberikan anda khasiat yang diperlukan semasa kehamilan. Malah susu Anmum Materna mengandungi asid folik yang tinggi, Probio DR10, Inulin, DHA, zat besi dan kalsium bagi keperluan pemakanan ibu hamil,” katanya.

Selepas melahirkan Aisy Qaiser pada 29 Mac 2013, Ayu sentiasa memastikan dia mendapatkan semua maklumat yang betul mengenai penjagaan anak, penyusuan susu ibu serta susu yang terbaik pada saat anaknya bercerai susu nanti.

Sebagai ibu, Ayu sangat prihatin mengenai pengambilan makanan lengkap dengan nutrisi seimbang bagi menyokong si kecil membesar dengan sihat.

“Jujur saya katakan saya juga menghadapi dilema ketika memilih susu untuk Aisy. Tetatpi selepas mendapatkan pandangan daripada kakak serta membaca sendiri label pada susu saya yakin dengan susu Anmun Essential.

“Ini kerana saya tertarik dengan kandungan susu Anmum Essential tanpa gula tambahan* serta ia mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Gangliosida (GA), DHA, FOS, Inulin, vitamin dan mineral penting untuk anak saya yang sedang membesar” katanya.

Ibu bapa perlu mengambil tahu kesan pengambilan gula yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti dan kerosakan gigi.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan me­nyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5 peratus (2005) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

“Justeru, sangat penting ibu bapa meneliti maklumat kandungan yang tertera pada kotak dan tin. Semak kandungan nutrisi pada susu dan pastikan susu yang dibeli tidak mengadungi gula tambahan seperti fruktosa, gula perang, sukrosa, dekstrosa dan pepejal sirap glukosa. Ini sangat penting kerana cara permakanan yang tidak betul akan menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Selain itu, penggunaan susu Anmum Essential juga sangat menjimatkan. Tanpa gula tambahan* dalam Anmum Essential Langkah 3 ibu hanya memerlukan 28gram untuk sekali penyediaan.

Selain memberikan khasiat susu yang diperlukan si kecil, Ayu juga memastikan anak-anak mendapat makanan berkhasiat yang disediakan sendiri di rumah. Sejak boleh menjamah makanan pejal, Ayu menyediakan makanan seimbang dengan memasukkan sayur-sayuran bersama ikan atau ayam dalam makanan mereka.

Dia gembira kerana kedua-dua anaknya kini bukan saja membesar dengan sihat tetapi menunjukkan perkembangan yang cepat.

“Qaiser sudah boleh bercakap pada usia setahun dan kini semakin petah berkata-kata. Begitu juga dengan Aryann yang aktif dan lasak serta jarang demam,” katanya.

Jelas Ayu, jika dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak pertama begitu juga dengan anak kedua, Aisy Aryann yang turut diberikan susu Anmum Essential Step 3 (Langkah 3).

“Ibu mana yang tidak bahagia apabila dapat menjaga sendiri anak di rumah. Sebab itu saya sanggup menolak untuk berlakon semula kerana tidak sanggup berjauhan lama dengan anak-anak. Saya mengharapkan mereka menjadi anak yang sihat dan bijak,” kata Ayu yang juga isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 5:00 AM