SIKAP ambil berat antara keistimewaan Iskandar hingga Raja Farah yakin untuk sehidup semati.
SIKAP ambil berat antara keistimewaan Iskandar hingga Raja Farah yakin untuk sehidup semati.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Sebulan selepas bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hatinya, Iskandar Ismail, 33, pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27, kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu, Ahad lalu.

Pasangan itu melangsung­kan pernikahan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, jam 11.50 pagi.

Dalam tempoh kurang tiga bulan selepas perkenalan mereka, keputusan berkahwin kali kedua dianggap cukup singkat, apatah lagi timbul pertikaian berkenaan tempoh idahnya.

Bagaimanapun, Raja Farah menjelaskan ia berakhir pada 27 Julai lalu.

Bagi segelintir wanita yang melalui fasa kegagalan rumah tangga agak berat untuk menerima kehadiran orang baru, namun tidak bagi pelakon filem Aku Masih Dara ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 7:24 AM