Raja Farah akan dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit  Jelutong, Shah Alam. FOTO ihsan Raja Farah
Raja Farah akan dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. FOTO ihsan Raja Farah
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon, Raja Farah, 27, mengesahkan akan dinikahkan dengan pasangannya pada 6 September depan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Raja Farah ketika dihubungi berkata, buat masa sekarang persiapannya sudah 70 peratus siap dan dia bersyukur kerana ada beberapa pihak sudi menaja.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz turut memaklumkan akad nikah itu nanti bakal disempurnakan bapanya sendiri.

Terdahulu, pelakon filem Aku Masih Dara ini bertunang dengan jejaka berusia 33 tahun pada 9 Ogos lalu.

Ketika itu, Raja Farah masih berahsia berkenaan tempoh pertunangan dan identiti bakal suaminya.

Sementara itu, majlis persandingan bakal diadakan pada 13 September di sebuah hotel di Ampang.

Sebelum ini, Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga selama lima tahun sebelum bercerai pada 25 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 9:06 PM