Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya ingin tahu apakah tanda tali sawat pemasaan akan terputus. Pada masa yang sama, meter kelajuan kereta Proton Wira 1.3 liter mengalami kerosakan, apakah puncanya?

AHMAD, Shah Alam, Selangor

Jika tali sawat pemasaan atau timing belt kereta anda putus, enjin tentu akan mati.

Namun, yang lebih penting ialah kerosakan akibat terputusnya tali sawat pemasaan itu.

Ia bergantung kepada reka bentuk enjin, pergerakan omboh dan injap yang tidak lagi teratur mungkin menyebabkan kedua-duanya bersentuhan serta menyebabkan kerosakan.

Tali sawat boleh digunakan sehingga 70,000 kilometer dan bergantung kepada pengeluar. Ikuti saranan pengeluar kereta anda dan jika tidak pasti, keluarkan sedikit belanja untuk menukarnya, terutama jika membeli kenderaan terpakai.

Jika paparan meter rosak, elok diperbaiki atau simpan rekod jarak perjalanan seharian anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:00 AM