ANTARA koleksi selendang daripada Iman Raza.
ANTARA koleksi selendang daripada Iman Raza.
CANTIK menawan dengan selendang Iman Raza.
CANTIK menawan dengan selendang Iman Raza.
MEMBERIKAN impak wajah lebih runcing dan bujur ketika menggayakan koleksi ini.
MEMBERIKAN impak wajah lebih runcing dan bujur ketika menggayakan koleksi ini.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Dihasilkan dengan rekaan bentuk selendang istimewa yang mampu memberikan impak runcing pada wajah ketika disarung menjadikan koleksi Express Shawl By Iman Raza tampak lain daripada yang lain.

Rekaan istimewa terbabit bukan sahaja mampu membuatkan wajah si pemakai kelihatan lebih bujur dan tirus malah menghasilkan gaya menawan buat si pemakai.

Menurut pengasas Iman Raza, Nurul Iman Fatihah Abdul Razak, rekaan selendang koleksinya itu inspirasi daripada wanita Arab yang kebanyakannya menyarung selendang yang membuatkan pemakainya tampak luar biasa.

“Express shawl kami sangat mudah dipakai dan lebih utama ia tetap kelihatan cantik serta menutup aurat.

“Penghasilan selendang ini juga mampu mengatasi masalah yang sering membelenggu kebanyakan wanita berhijab yang mahu menggayakan selendang, namun bimbang wajah akan nampak lebih bulat,” ujarnya.

Nurul Iman Fatihah berkata, keistimewaan utama koleksi selendangnya pada rekaan istimewa dan potongan pada bahagian muka yang mampu memberi impak runcing dan lebih bujur.

“Sehingga kini, kami mempunyai enam rekaan selendang iaitu express chiffon, express shawl, express Pearl, express Friara, express Natasha dan express Malika.

“Semua koleksi kami dijual dalam lingkungan harga RM15 hingga RM50 sehelai bergantung kepada jenis serta rekaan selendang terbabit,” katanya.

Menurut Nurul Iman Fatihah, dengan terhasilnya koleksi selendangnya itu diharap mampu membantu golongan Muslimah bertudung tanpa bebanan harga yang tinggi.

“Apa yang diutamakan adalah keselesaan dan kepuasan hati pelanggan terutama ketika menggayakan koleksi selendang Iman Raza untuk ke mana sahaja lokasi pilihan sama ada bersantai atau ke majlis formal.

“Semua wanita berhak dan mampu untuk kelihatan cantik menawan dengan masih mengutamakan syariat Islam dan mementingkan aspek penjagaan aurat dengan sempurna,” ujarnya.

Maklumat lanjut dan pembelian secara atas talian boleh dilakukan dengan melayari www.facebook.com/Iman.Raza.World.Business.Empires atau di Instagram @imanraza_hq.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:24 AM