Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dengan tertangkapnya tiga lelaki dan merampas empat kereta di Taman Seri Gombak, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek berusia 31 hingga 36 tahun di tahan di depan sebuah rumah kira-kira jam 1.15 petang.

Menurutnya, polis merampas empat kereta yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di mana nombor enjin dan chasis sudah diganggu.

"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dengan 10 kes curi kenderaan sekitar Gombak dan Selayang.

"Kereta yang dicuri suspek akan dijual atau dileraikan komponennya," katanya dalam sidang media di IPK Selangor, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:26 PM