Oleh Mohd Sabran Md Sani


Batu Pahat: Seorang pemuda berusia 20-an maut, manakala dua yang lain cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Parit Raja Darat, Parit Raja, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Corolla meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Parit Raja.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, sebuah jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan 5.51 pagi tadi.

"Operasi yang diketuai Komander Operasi, Pegawai.Bomba Mustafa Yusof tiba di lokasi kejadian pada jam 6.05 pagi.

"Setibanya di lokasi didapati dua kenderaan jenis Proton Saga dan Toyota Corolla terbabit kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 11:09 AM