FOTO hiasan
FOTO hiasan
Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Sepuluh daripada 70 penumpang bot yang karam di perairan berhampiran Sabak Bernam, awal pagi tadi sudah dapat diselamatkan nelayan tempatan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, ia berdasarkan maklumat awal diterima pihaknya setakat ini.

Menurutnya, bot penumpang itu dikatakan membawa 70 warga Indonesia dari pangkalan Hutan Melintang, Perak sebelum karam kira-kira 20 batu nautika dari Sabak Bernam.

"Berdasarkan maklumat awal kejadian bot karam itu berlaku 5 pagi tadi.

"Bot membawa 70 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan menuju Indonesia," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 2:29 PM