Lokasi pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). FOTO Ekhwan
Lokasi pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). FOTO Ekhwan

Sabak Bernam: Dua puluh mayat mangsa bot karam ditemui setakat ini dan dibawa ke jeti Hutan Melintang, sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam Abdul Nasir Jalil mengesahkan penemuan itu petang tadi.

Katanya, semua mayat itu ditemui 2 petang tadi.

Sebelum itu, Harian Metro melaporkan, 10 daripada 70 penumpang bot yang karam di perairan berhampiran Sabak Bernam, pagi tadi diselamatkan nelayan tempatan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin dipetik berkata, ia berdasarkan maklumat awal diterima pihaknya setakat ini.

Menurutnya, bot penumpang itu dikatakan membawa 70 warga Indonesia dari pangkalan Hutan Melintang, Perak sebelum karam kira-kira 20 batu nautika dari Sabak Bernam.

"Berdasarkan maklumat awal kejadian bot karam itu berlaku 5 pagi tadi.

"Bot membawa 70 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan menuju Indonesia," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 3:22 PM