DUA beradik tiri, S Chandran, 33 (kiri) dan P Marie, 29, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan membunuh. FOTO Mohd Azren Jamaludin
DUA beradik tiri, S Chandran, 33 (kiri) dan P Marie, 29, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan membunuh. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Dua beradik tiri dilepas hukuman mati dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini daripada tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui rentung di Lebuhraya Bukit Indah, Horizon Hills dekat Nusajaya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata, pihaknya tidak menemui keterangan atau bukti yang menunjukkan siapa pelaku sebenarnya kes pembunuhan itu, tambahan tiada keterangan atau bukti daripada saksi yang mengaitkan tertuduh pertama (Marie) mengenali mangsa.

P Marie, 29, dan S Chandran, 33, dihadapkan ke mahkamah pada 11 Februari 2014 atas tuduhan membunuh rakan mereka, P Malarvili, 33, (ketika kejadian) antara 3 hingga 4 pagi, 9 Jun 2013.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid mengemukakan 20 orang saksi, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datin Freda Sabapathy, Chuah Shyue Chien dan M Vinodharan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 5:20 PM