Wanita Thailand berusia 26 tahun (kiri) dan lelaki rakyat asing berusia 40-an kini diburu polis Thailand. - Foto Reuters
Wanita Thailand berusia 26 tahun (kiri) dan lelaki rakyat asing berusia 40-an kini diburu polis Thailand. - Foto Reuters
Lelaki rakyat asing yang ditahan Sabtu lalu. Lelaki itu menggunakan pasport Turki yang kemudian didapati palsu dan  polis Thailand masih merahsiakan identiti dan warganegaranya. - Foto Reuters
Lelaki rakyat asing yang ditahan Sabtu lalu. Lelaki itu menggunakan pasport Turki yang kemudian didapati palsu dan polis Thailand masih merahsiakan identiti dan warganegaranya. - Foto Reuters
Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmoung, bersama wang ganjaran  tiga juta baht yang akan dibahagikan sesama polis yang berjaya menahan suspek  serangan bom di kuil Hindu yang mengorbankan 20 orang. -Foto AP

Bangkok: Ketua Polis Thailand yang memuji kecekapan anggotanya hingga berjaya menahan suspek yang melakukan serangan bom di kuil Hindu yang mengorbankan 20 orang, berkata wang ganjaran sebanyak tiga juta baht (RM351,000) akan dibahagikan sesama mereka.

Berdiri di belakang podium dengan tiga ikat wang kertas di depannya ketika sidang media petang ini, Somyot Pumpanmuang, memuji detektif yang membawa kepada penahanan seorang lelaki asing yang identiti dan warganegara masih dirahsiakan.

“Usaha dan siasatan yang membawa kepada penahanan lelaki itu hasil usaha pihak berkuasa sepenuhnya. Ini kerja pihak berkuasa Thai tanpa sebarang maklumat daripada pihak lain,” katanya.

Letupan bom di Kuil Serawan di tengah Bangkok pada 17 Ogos lalu, menyebabkan 20 terbunuh termasuk lima rakyat Malaysia serta mencederakan lebih 100 lagi.

Polis menahan lelaki berkenaan di Nong Chok, Sabtu lalu, dan merampas bahan letupan serta sejumlah pasport daripadanya. Semalam, polis menyerbu sebuah apartmen di Min Buri, Bangkok, dan menemui beberapa bahan dipercayai untuk membuat bom.

Berikutan itu polis mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita Thailand sebagai penyewa apartmen berkenaan dan seorang lelaki rakyat asing yang tinggal di apartmen itu. Difahamkan wanita dan lelaki itu mempunyai kaitan dengan suspek pertama.

Somyot bersama isterinya yang mengisytiharkan harta mereka hampir $10 juta tahun lalu, berkata satu pertiga daripada wang ganjaran tiga juta baht itu adalah sumbangannya manakala baki disumbangkan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Panthongtae Shinawatra iaitu anak bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, melalui Facebook berkata hari ini, dia bersedia memberi ganjaran tujuh juta baht (RM819,000) jika kumpulan yang melakukan serangan bom itu ditahan, - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 6:18 PM