FOTO AFP
FOTO AFP
Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Samsung Malaysia dijangka memperkenalkan phablet mereka, Galaxy Note5 pada 3 September ini.

Dalam e-mel yang dihantar kepada media termasuk Harian Metro, wakil syarikat mengesahkan tarikh pelancaran terbabit.

Majlis Samsung Galaxy Unpacked 2015 yang diadakan di New York, bulan ini.

Note 5 akan dilancarkan di Malaysia dengan versi dua slot kad SIM namun tanpa bateri boleh cabut dan slot kad mikroSD.

Note 5 kali ini lebih nipis dan lebih kecil berbanding Note 4 dan ia jelas dapat dilihat pada bahagian belakangnya yang mempunyai lengkungan di kiri dan kanan.

Samsung juga mengubah angin dengan memperlihatkan rekaan gelas pada bahagian belakang berbanding kulit seperti Note 4.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 4:21 PM