Jung Wong Taek didapati berbohong apabila menafikan tuduhan mengherdik seorang pemandu teksi di Gangnam.

Jung Wong Taek mendakwa insiden itu hanya salah faham kerana pemandu tersi berkenaan mengusik karakter lakonannya dalam sebuah filem lama dan berlaku pergelutan apabila individu terbabit cuba merakam aksinya.

Percubaannya memutar belit fakta seolah-olah dia mangsa keadaan, bagaimanapun tidak menjadi.

Rakaman video insiden berkenaan jelas membuktikan dia yang memulakan pergaduhan. Dia yang berada di bawah pengaruh alkohol tanpa segan silu mengherdik pemandu terbabit.

Dia kemudian bertindak kasar dengan memegang kepala pemandu itu dan mengheret mangsa sejauh tujuh kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 11:42 AM