Nabil tunggu komen. FOTO OWEE AH CHUN
Nabil tunggu komen. FOTO OWEE AH CHUN
Michelle Gun


PELAWAK dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad sedia menerima kritikan orang ramai terhadap telefilem seram komedi The Hantus yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 15 Jun ini.

"Saya mengharapkan The Hantus akan menjadi bualan hangat netizen sekaligus tular di media sosial," katanya.

Nabil selaku pengarah bersama dan penulis skrip menganggap kritikan netizen sebagai publisiti untuk mempopularkan telefilem itu.

"Saya tidak kisah dikecam kerana cara itu pasti menarik orang ramai untuk menontonnya.

"Mana tahu, selepas ini ada stesen televisyen lain berminat untuk melantik saya sebagai pengarah atau penulis skrip," katanya.

Sementara itu, Nabil menafikan menggunakan "orang dalam" Astro untuk menerbitkan The Hantus.

"Memang saya mempunyai hubungan baik dengan Astro kerana menjadi pengacara, pelawak dan penyampai radio untuk program stesen berkenaan.

"Bagaimanapun, saya menggunakan saluran sah serta prosedur betul iaitu bermula dengan membentangkan idea kepada pihak Astro," katanya.

Menurut pengacara program Meletop ini, skrip sekuel The Hantus 2 sudah selesai, namun belum ada tawaran daripada Astro untuk pembikinannya.

The Hantus diinspirasikan daripada kisah seram tular kereta Volkswagen kuning, Hantu Kak Limah dan misteri taman tema terbiar Mimaland.

Telefilem arahan Helmi Yusof itu dibintangi Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha dan Khatijah Tan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 6:53 PM