SENI topiari menambahkan keindahan pada sebuah taman.
SENI topiari menambahkan keindahan pada sebuah taman.
ANTARA pokok yang serasi dengan seni hiasan topiari ialah jenis berdaun kecil yang boleh dibentuk.
ANTARA pokok yang serasi dengan seni hiasan topiari ialah jenis berdaun kecil yang boleh dibentuk.
POKOK juga perlu dipotong dan dibentuk kemas.
POKOK juga perlu dipotong dan dibentuk kemas.
MEMBENTUK objek dengan tekstur lebih halus dan menarik.
MEMBENTUK objek dengan tekstur lebih halus dan menarik.

Topiari antara cabang seni landskap membabitkan pemangkasan pokok untuk membentuk atau mengubah tanaman tampil lebih menarik mengikut kesesuaian.

Ia merujuk kepada amalan hortikultur bagi membentuk atau menggubah pokok renek menjadi pelbagai reka bentuk.

Merangkumi bentuk geometri dan objek unik seperti cawan, teko serta pelbagai bentuk binatang.

Ketika Zaman Rennaisance, kediaman raja seperti istana dan rumah bangsawan serta vila yang dilengkapi laman luas dihiasi dengan topiari corak geometri seperti silang pangkah, bersegi, bebola dan piramid.

Malah, taman topiari yang wujud pada zaman itu berbentuk simetri iaitu pola sisi kanan dan kiri taman adalah sama.

Perkataan topiari berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tukang penghias landskap atau perkataan ‘topiarius’ (pencipta) dan ‘topia’ bermaksud tempat.

Dalam kalangan kita, ada keliru antara bonsai dan topiari walaupun bonsai bukan istilah tepat bagi tanaman yang dipangkas bagi mendapatkan bentuk tertentu.

Bonsai ialah tanaman yang ‘direncanakan’ pertumbuhannya hingga tetap kerdil walaupun matang.

Antara pokok yang serasi dengan seni hiasan topiari ialah jenis berdaun kecil seperti kemuning, beringin kuning (Ficus Benjamina), pokok ara (F Nitida variegata) dan daun teh.

Pokok seperti bunga kertas, bunga raya dan melur juga sesuai membentuk topiari.

Antara ciri-ciri tanaman topiari ialah daun pokok sebaiknya bersaiz kecil supaya senang ‘diandam’ bagi membentuk objek dengan tekstur lebih halus dan menarik.

Pokok yang digunakan perlu tahan lasak dan boleh hidup lama serta memerlukan sedikit penjagaan saja.

Ia sekali gus mempunyai bentuk pokok yang padat yang mempunyai banyak ranting pendek.

Jenis tanaman sesuai pula ialah pokok berdaun seperti duranta; ficus; kesinai; podocarpus dan acalypha siamensis atau pokok teh liar yang berdaun kecil.

Tanaman berbunga seperti melati atau wrightia religiosa yang berbunga wangi serta pokok bunga kertas semestinya sentiasa tampil dengan bunga pelbagai warna menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:01 AM