Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Menurutnya, ketika Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri.

"Selain itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan," katanya.

Katanya, pihaknya juga memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 6:34 PM